Wednesday 1 January 2014

Ragam Sambutan Tahun Baru Yang Dicemari Pesta Mabuk


Dari Swansea ke Manchester, Birmingham ke London, dan Liverpool ke Newcastle menggambarkan Sambutan awal 2014 di Britain.

gambar y diambil sempena pesta tahun baru telah mendedahkan berbagai ragam manusia hingga ada y ditangkap dan dipenjarakan dan ada juga yang dimasuk kn ke hospital atas sebab mabuk dan pergaduhan. kebanyakan kes2 ini terjadi di jalanan dan kelab2 malam.


























Pelik- Buah Pear BerBentuk Budha

Buah pear yang mirip budha ini difotokan oleh seseorang di supermarket di Beijing, Cina dan beredar luas di dunia maya. Banyak yang terkejut dengan bentuk buah pear yang tergolong aneh dan jarang ditemui ini.

Buah pear tersebut mempunyai sebutan "Stuffed Pears to be happy." Sejumlah orang bahkan membahas bagaimana sukarnya untuk membentuk buah pir hingga menjadi sedemikian rupa. Buah ini sengaja dibentuk sejak masih dalam tahap pertumbuhan di pokok.


Menarik- Istana Diperbuat Dari Kertas


Seni bina ini adalah ilham daripada seorang pelajar Tokyo iaitu Wataru Itou. Beliau merupakan pelajar dari jurusan seni dan binaan beliau ini adalah yang terbaik sehingga dipamerkan di muzeum. Apa yang menariknya, binaan istana beliau adalah 100% daripada kertas.











Yoona Tempat Pertama Dalam Ten Prettiest Woman of Asia in 2013



BUKAN sahaja di Korea, kecantikan ahli kumpulan SNSD, Yoona, sememangnya menjadi perhatian di seluruh negara termasuk China.

Ini dibuktikan menerusi undian pengguna Internet di China, apabila Yoona menjadi artis Korea yang berada di posisi pertama dalam senarai, Ten Prettiest Woman of Asia in 2013, dengan undian sebanyak 8.76 juta.

Bukan hanya Yoona, malah rakannya dari kumpulan SNSD, Jessica, berjaya berada di tangga kedua undian tersebut sebanyak 8.75 juta.

Selain itu, vokalis SNSD, Taeyeon juga turut berada di senarai keenam dalam senarai 10 wanita tercantik di Asia sepanjang 2013.



Imneeta Boleh Melangkah Lebih Jauh


LAMBAKAN artis baharu yang diangkat daripada laman sosial, Youtube semakin berkembang dalam industri hiburan tanah air.

Walaupun jumlah mereka semakin hari semakin meningkat namun hanya benar-benar berbakat dan bertuah dilamar sebagai artis rakaman.

Nasib turut menyebelahi sebuah band tempatan iaitu Iamneeta yang bermula dengan lagu-lagu cover popular dendangan Adele dan Avril Lagvine.

Dilamar NAR Record, Iamneeta yang terdiri dari tiga anak muda berbeza bangsa, iaitu Neeta Manisha (Neeta), 19, Anas Zakwan Azhar (Anas), 20, dan Patrick Anohada (Patrick), 28, pastinya menarik perhatian masyarakat kerana gabungan mereka menggambarkan perpaduan di negara kita.

Menceritakan bagaimana tertubuhnya kumpulan tersebut, Neeta berkata bermula dengan perkenalan melalui laman sosial MySpace dia bertemu dengan Anas yang gemar jamming di rumah Patrick.

"Pada mulanya mereka sekadar bermain muzik secara suka-suka kerana ketika itu tidak terlintas di fikiran mereka untuk menubuhkan kumpulan.

"Malah mereka turut mencipta lagu dan bersepakat menghasilkan demo tetapi ketika itu ketiadaan penyanyi.

"Dari situlah Anas menjemput saya untuk bernyanyi dengan mereka sehingga tertubuhnya kumpulan ini," katanya yang menubuhkan kumpulan itu dua tahun lalu.

Percubaan pertama mereka sebagai satu kumpulan adalah dengan menghasilkan lagu cover iaitu Rolling In The Deep yang dipopularkan Adele di laman Youtube.

Setelah jumlah view semakin meningkat setiap hari, mereka mula berbincang untuk lebih serius dan lamaran daripada syarikat rakaman membuka luas peluang mereka untuk bergelar artis.

"Biarpun ramai yang mencuba untuk hidup dalam kelompok pemuzik tempatan dan berhadapan dengan cabaran ketika di awal penubuhan kumpulan ini.

"Banyak band yang turut memperjuangkan muzik pop alternatif namun muzik kami amat berbeza dengan band menggunakan genre yang sama.

"Perbezaannya terletak pada melodi yang lebih versatil atau dalam erti kata lain, ia dapat dinyanyikan dengan pelbagai cara," ujar Neeta.

Pameran Mumia Keliling Dunia


Mumia2 dari 7 negara dan 15 muzium dikumpulkan dan dibuat pameran keliling dunia. Inilah beberapa mumia tersebut ...