Wednesday 26 February 2014

Pertandingan Menghias Kuku Yang Ohsem..


Perempuan biasanya suka menghiasi dirinya , termasuk dalam hal mendandani kuku . Tidak hairan , ada begitu banyak salon yang menawarkan rawatan kuku . Dari mula mengecat kuku hingga menambah perhiasan di kuku , semuanya lazim dilakukan . Bagi anda pecinta seni menghias kuku , anda perlu menghadiri acara ini

Nailympia adalah sebuah pertandingan dimana seluruh peserta menghias kuku berkumpul mempamerkan kreasinya . Olimpik khusus yang lebih popular dengan nama Nailympics ini diadakan sejak tahun 2001 . Ada beratus - ratus perserta menghiasi kuku , baik amatur mahupun professional dari 24 negara berkumpul mengikuti pertandingan ini .

Dalam acara yang menarik minat para pelancong tempatan mahupun luar negara ini , ada kira - kira 3 cabang yang ditandingkan , iaitu : gel sculpture , gentian kaca tip dan fantasi nail art . Pertandingan ini sebelumnya ditandingkan dalam skala regional sebelum akhirnya acara final diadakan di London setiap tahun .









Tuesday 25 February 2014

Shanaz Tampil Pertahan Diri


"KALAU tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Saya sudah cuba bersabar, tapi saya manusia biasa yang ada batas kesabarannya," jelas aktor, Sharnaaz Ahmad berhubung pergaduhannya melibatkan pasangan suami isteri, Fauzi Nawawi dan Lisdawati.

Enggan mendedahkan punca sebenar pertelingkahan yang berlaku di antara dia dan Lisdawati, Sharnaaz bagaimanapun mengaku salah faham tersebut berlaku di set penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Ditebak mengenai kiriman SMS berbaur ugutan yang dihantarnya kepada Fauzi, Sharnaaz berkata, adalah tidak adil untuk orang lain menilai dirinya seorang sahaja hanya melalui satu SMS.

"Salah faham adalah sesuatu yang normal dan segala yang berlaku antara kami adalah satu salah faham. Isu ini terlalu kecil dan ia telah diperbesar-besarkan.

"Cuma tak adil jika ada yang menilai saya jahat hanya kerana satu SMS. Kalau tak cucukan dan jolokan, takkanlah saya nak kata sebegitu. Dia hanya tunjuk SMS dari saya, tapi saya juga simpan SMS dari dia (Fauzi)," katanya.

Sharnaaz berkata, dia ada cuba untuk bawa berbincang mengenai hal yang berlaku namun tidak berjaya.

Ditebak Zass adakah dia tidak risau dengan imejnya setelah beberapa kali namanya menjadi perhatian media sejak akhir-akhir ini kerana sikapnya, Sharnaaz berkata:

"Sejak dulu lagi, saya akui saya seorang yang panas baran. Tapi orang panas baran tak semestinya jahat.

"Tapi apa yang berlaku ini hanya dugaan kecil buat saya, ada dugaan lebih besar lagi yang pernah saya hadapi dan saya tidak risau dengan pandangan orang lain terhadap saya," ujarnya.

Fauzi menerusi laporan akhbar semalam mendedahkan, dia dan Lisdawati terpaksa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas Sharnaaz menghantar satu SMS berbaur ugutan terhadapnya.

Katanya, kiriman SMS itu diterimanya pada 21 Februari lalu kira-kira jam 9.42 pagi dan dia percaya ia berkaitan insiden Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang isterinya, Nisdawati Nazaruddin, 35.

Monday 24 February 2014

Jongkong Emas Bank Of England Bernilai RM750 Billion


Inilah gudang simpanan emas bank of England yang dikatakan mempunyai jumlah simpanan jongkong emas bernilai RM 750 billion!

Terdapat berpuluh ribu jongkong emas yang disimpan di sini dengan setiap satunya bersaiz 28lb dan berketulenan 24 karat. Jumlah jonkong emas itu dikatakan seberat 4,600 tan.

Gudang ini dibina di bawah tanah dengan ketebalan dinding gudang sehingga beberapa meter di bawah jalan raya yang sibuk di London. Ia dikatakan berada di lokasi Old Lady of Threadneedle, di mana ibu pejabat Bank of England's City of London berada.

Untuk fakta, apa yang anda saksikan dalam gambar-gambar di bawah ini hanyalah satu per dua puluh dari keluasan sebenar gudang emas ini. Keluasannya adalah lebih besar dari keluasan bangunan tertinggi di London, Tower 42.

Untuk membuka pintu masuk ke gudang ini, anda memerlukan sebatang kunci yang bersaiz 3 kaki panjang. Itu belum lagi termasuk pelbagai tahap sekuriti canggih yang ada di situ.





Friday 21 February 2014

Trek Pendakian Yang Paling Extreme Di China


Mt Haushan, hiking trail paling merbahaya di dunia ini merupakan antara keindahan alam yang superb awesome. Terletak di daerah Shanxi, China, Mt Haushan mempunyai 5 gunung utama dan Bahagian Selatan gunung menempatkan tebing banjaran yang damn dalam. Berkeordinasi di tengah tengah Negara China, destinasi ini menjadi tarikan utama pelancong kerana keunikan struktur muka bumi yang ohsem.

Mt. Haushan dikelaskan sebagai track hiking awam yang paling merbahaya di dunia. Tebingnya mempunyai kedalaman sehingga 4000 kaki yang mana cenuram mencecah 90 darjah (setinggi bangunan 40 tingkat). Walau tak banyak real story dipaparkan pada awam, ramai travellers yang berkongsi tentang pelbagai cerita maut yang pernah berlaku di sana.


















Norish Karman Dilamar



“SAYA akui ramai jejaka yang cuba mendekati saya. Tapi, secara jujurnya, saya belum bersedia untuk berkahwin lagi,” bicara bintang fi lem Sayang Salmah, Norish Karman ketika ditanya mengenai perkembangan dirinya.

Aktres berusia 39 tahun itu turut mengakui ada menerima pinangan daripada jejaka yang jauh lebih muda daripada usianya.

Bahkan, katanya, ada juga jejaka-jejaka yang menghantar ibu bapa mereka untuk meminang dirinya.

Bagaimanapun, kata pelakon drama bersiri Love You Mr Arrogant ini, dia terpaksa menolak semua pinangan tersebut atas sebab-sebab yang tertentu.

“Saya menolak semua pinangan mereka dengan baik. Fokus saya kini adalah pada anak-anak dan soal kerjaya. Buat masa ini, saya tak mahu mencari pengganti lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013).

Meskipun begitu, katanya, dalam menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, dia sering diusik oleh anak-anaknya supaya mencari teman hidup yang baharu.

“Sesiapa saja boleh jadi calon suami saya. Asalkan dia seorang yang ikhlas menerima saya dan anak-anak. Cuma, buat masa ini saya selesa dengan kehidupan saya kini,” jelas pelakon drama Spa Q ini.