Wednesday 19 February 2014

Lelaki Pelik Makan Cicak Untuk Hidup Lama


Bolivia –Rahsia umur panjang bagi seorang lelaki di Bolivia, iaitu manusia paling tua di dunia ialah dengan makan cicak.

Flores Laura yang berketurunan Aymara itu, berusia 123 tahun dan menetap di kawasan tasik Titicaca. Dia yang kematian isteri sejak sedekad lalu, tidak pernah jatuh sakit.

Flores mempunyai tiga anak dan satu-satunya anaknya yang masih hidup adalah Cecilla yang kini sudah berusia 67 tahun. Meskipun hidup sendirian namun Flores mempunyai keluarga yang besar dan dikelilingi oleh 40 cucu serta, 19 cicit.

The Guinness World Records sebelum ini menyatakan bahawa manusia paling tua di dunia adalah seorang wanita dari Jepun iaitu Misao Okawa yang berusia 115 tahun.

Bagaimanapun selepas sijil lahir Flores Laura ditemui, ia tertulis bahawa lelaki itu dilahirkan pada 16 Julai 1890, sekali gus membolehkannya diisytihar sebagai lelaki paling tua di dunia.



Bandar Purba Dalam Tasik Di China

Tasik Qiandao di Zhejiang, China mempunyai rahsia tersembunyi yaitu sebuah bandar purba bawah air yang terletak di dalamnya.

Ditemui pada tahun 2001, ahli arkeologi menemui runtuhan kota dengan bentuk seperti kuil. Bandar ini kira-kira berukuran kira-kira 62 padang sepak bola dengan seni bina purba. Digelar "Bandar Singa", atau "Shicheng" dalam bahasa Mandarin, bandar ini dibina pada dinasti Han pada tahun 208 Masehi.

Bandar ini mendapatkan namanya dari "Lima Singa Gunung" ("Five Lion Mountains") yang didakwa temui berada di bandar purba tersbut. Bangunan megah itu terletak 26-40 meter di bawah permukaan air, dan sekarang menjadi tapak menyelam bagi mereka yang ingin melihat lebih dekat. sumber