Monday 30 December 2013

Fenomena Misteri Air Bertukar Menjadi Warna Selepas Hujan


Air terjun di Cameron Falls, Alberta, Kanada tiba-tiba bertukar menjadi warna merah seperti buah tomato selepas hujan lebat, lapor sebuah akhbar .
Gambar air terjun yang bertukar menjadi merah itu dirakamkan oleh seorang ibu dua anak, Rochelle Coffey yang bercuti bersama keluarganya.

Rochelle tidak menyangka dia dapat melihat fenomena alam semula jadi itu.

Air terjun itu bertukar menjadi merah kerana hujan lebat menyebabkan endapan pada batu-batu mengalir ke dalam kawasan air terjun sekali gus mengakibatkan perubahan warna berlaku.




PESAWAT DICHINA INI DIKATAKAN TERLANGGAR SUPERMAN



Begitulah tajuk sebuah akhbar di China yang melaporkan pesawat ini telah melanggar sesuatu yg dipercayai superman pada ketinggian 8 ribu meter (26 ribu kaki) yang mengakibatkan pesawat ini terpaksa berpatah balik ke Cengdu.

" It's unclear what struck this Air China plane while it was flying at 8,000 metres (26,000 feet), causing it to return to Chengdu, but we can speculate that it was Superman. It was probably Superman." Petikan dari akhbar China.


Ohsem- Hasil Seni Menggunakan Batang Mancis



















Azura Zainal Telah Sah Menjadi Isteri




Tahniah diucapkan kepada penyampai radio dan pengacara popular, Azura Zainal yang telah selamat menjadi isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Cristiano Genuino Da Silva pada 28 Disember lalu.
 
Majlis pernikahan ini telah berlangsung secara sederhana tetapi meriah di Restoran Subak, Sungai Penchala dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan artis. 

Berikut adalah gambar sekitar majlis perkahwinan mereka:











Izara Aisyah Beri Tempoh 7 Tahun




PELAKON jelita, Izara Aisyah memberi tempoh tujuh tahun lagi kepada kekasihnya untuk mendirikan rumah tangga.

Izara kini berusia 21 tahun.

Berkongsi cerita, Izara memberitahu kekasihnya mengenakan beberapa syarat kepadanya sebelum mereka berkahwin.

"Dia memahami kerja dan kesibukan saya, namun dia tidak mahu saya aktif berlakon dan kerap keluar televisyen selepas berkahwin nanti.

"Dia juga sudah beritahu agar tidak berlakon adegan berpelukan dan perlu balik rumah awal sebelum dia pulang kerja," ujarnya berkongsi cerita, dipetik sebuah portal hiburan.

Katanya lagi, teman lelakinya itu berhajat untuk mendirikan rumah tangga dengannya dalam tempoh tiga tahun lagi, namun dia merasakan ia masih terlalu awal.

"... tiga tahun masih terlalu awal bagi saya dan banyak lagi yang saya belum capai dalam industri ini.

"Apa-apa pun bergantung kepada jodoh yang ditetapkan ALLAH, kami hanya mampu merancang sahaja," katanya yang enggan mendedahkan identiti lelaki itu.

Pelik - Kambing Biri-biri Bertanduk Empat


Kambing biri-biri jantan bertanduk empat dipelihara oleh penternak bernama K Lachmanan berumur 52 tahun di Kampung Masjid Tua, Air Mawang, Negeri Sembilan.

Kambing biri-biri jantan selalunya mempunyai dua tanduk tetapi berbeza dengan biri-biri yang diternak kacukan Barbados dengan tempatan mempunyai empat tanduk.

Perkara ini berlaku sejak biri-biri tersebut berusia enam bulan dengan setiap tanduk berukuran kira-kira 17 sentimeter.

Ianya diberi makan dedak serta daun kelapa sawit.

Kritikal- Legenda F1 Kemalangan Ski





LAGENDA Formula 1, Michael Schumacher berjuang untuk hidup selepas mengalami pendarahan otak dalam kemalangan ski di Perancis.

Michael Schumacher yang kini berusia 44 tahun koma dan berada dalam rawatan di Hospital Mountain Gendarmerie, di negara itu.

Schumacher memakai topi keselamatan ketika kemalangan tersebut dan dia tidak berseorangan seperti yang diulas manager beliau, Sabine Kehm.

Apapun pihaknya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang keadaan Schumacher ketika ini dan berharapkan orang ramai mendoakan keselamatan jaguh Formula 1 itu.

Schumacher bersara dari dunia Formula 1 pada tahun 2006 selepas menjuarai 5 kejuaraan dunia berturut-turut bersama Ferrari dan dua kejuaraan dunia sebelumnya bersama Benetton.

Selepas berehat selama empat tahun, Schumacher kembali beraksi dalam sukan kegemarannya itu pada tahun 2010 bersama pasukan Mercedes namun kembali bersara semula tahun lalu selepas tidak berjaya bersama pasukan barunya itu.

Hanya ALLAH yg Tahu Siapa Johan


LANA Nordin hari ini telah mengesahkan bahawa dirinya tidak pernah menerima lamaran daripada Johan As’ari.

Memetik laporan sebuah media massa hari ini, Lana menyatakan bahawa Johan sama sekali tidak pernah membawa beliau bertemu dengan keluarganya.

“Memang tak pernah.

“…saya faham untuk kenal-kenal ini memang ambil masa, tapi dia (Johan) tiada usaha ke arah itu,kalau nak tahu kakak Johan pernah cakap, bahawa keluarga dia tidak pernah halang hubungan kami.

“Mereka cakap, mereka pun tunggu Johan bawa balik saya jumpa keluarga. Tapi sekali pun dia tidak pernah bawa. Sekarang cuba fikir, adakah itu halangan keluarga atau dia yang mereka-reka cerita,” katanya.

Menggulas lanjut mengenai perwatakan Johan, Lana menegaskan bahawa hanya dia dan ALLAH sahaja yang tahu siapa sebenarnya Johan.

“Menyentuh perwatakan Johan, saya tidak nafikan, saya memang terpikat dengan cara dia. Saya tengok dia ini baik orangnya, perwatakannya yang alim dan punya pegangan agama.

“…saya fikir ya, mungkin dia boleh jadi pebimbing yang baik untuk saya..tapi sebaliknya berlaku.

“…Cuma saya dan ALLAH sahaja yang tahu siapa sebenarnya Johan.

“…saya memang nampak macam wanita urban dan sosial tapi demi ALLAH, saya rasa saya lebih suci daripada dia,” katanya.

Antara Penyamaran Askar yang TerHebat











Ohsem- Seni Lukisan Grafitti 3D


Manuel Di Rita a.k.a Peeta seorang artis grafitti yang ternama. Grafitti beliau unik kerana kelihatan seperti lukisan 3 Dimensi. Manuel Di Rita berasal dari Itali dan sudah berkecimpung di dalam arena grafitti sejak tahun 2000. Sangat ohsem! Memang ramai boleh buat graviti tapi tidak ramai yang boleh buat seni graviti.