Wednesday 1 January 2014

Imneeta Boleh Melangkah Lebih Jauh


LAMBAKAN artis baharu yang diangkat daripada laman sosial, Youtube semakin berkembang dalam industri hiburan tanah air.

Walaupun jumlah mereka semakin hari semakin meningkat namun hanya benar-benar berbakat dan bertuah dilamar sebagai artis rakaman.

Nasib turut menyebelahi sebuah band tempatan iaitu Iamneeta yang bermula dengan lagu-lagu cover popular dendangan Adele dan Avril Lagvine.

Dilamar NAR Record, Iamneeta yang terdiri dari tiga anak muda berbeza bangsa, iaitu Neeta Manisha (Neeta), 19, Anas Zakwan Azhar (Anas), 20, dan Patrick Anohada (Patrick), 28, pastinya menarik perhatian masyarakat kerana gabungan mereka menggambarkan perpaduan di negara kita.

Menceritakan bagaimana tertubuhnya kumpulan tersebut, Neeta berkata bermula dengan perkenalan melalui laman sosial MySpace dia bertemu dengan Anas yang gemar jamming di rumah Patrick.

"Pada mulanya mereka sekadar bermain muzik secara suka-suka kerana ketika itu tidak terlintas di fikiran mereka untuk menubuhkan kumpulan.

"Malah mereka turut mencipta lagu dan bersepakat menghasilkan demo tetapi ketika itu ketiadaan penyanyi.

"Dari situlah Anas menjemput saya untuk bernyanyi dengan mereka sehingga tertubuhnya kumpulan ini," katanya yang menubuhkan kumpulan itu dua tahun lalu.

Percubaan pertama mereka sebagai satu kumpulan adalah dengan menghasilkan lagu cover iaitu Rolling In The Deep yang dipopularkan Adele di laman Youtube.

Setelah jumlah view semakin meningkat setiap hari, mereka mula berbincang untuk lebih serius dan lamaran daripada syarikat rakaman membuka luas peluang mereka untuk bergelar artis.

"Biarpun ramai yang mencuba untuk hidup dalam kelompok pemuzik tempatan dan berhadapan dengan cabaran ketika di awal penubuhan kumpulan ini.

"Banyak band yang turut memperjuangkan muzik pop alternatif namun muzik kami amat berbeza dengan band menggunakan genre yang sama.

"Perbezaannya terletak pada melodi yang lebih versatil atau dalam erti kata lain, ia dapat dinyanyikan dengan pelbagai cara," ujar Neeta.

No comments:

Post a Comment