Saturday 11 January 2014

Irma Hasmie Bakal Menimang Cahaya Mata Kedua


Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie dan suaminya Redza Syah Azmeer menerima perkhabaran gembira apabila dilaporkan bakal menimang cahaya mata kedua.
Berita ini dikongsi oleh Redza menerusi akaun Instagramnya yang disertakan dengan foto imbasan bayi di dalam kandungan.

“Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar!

“Terima kasih atas pemberian zuriat pada kami Ya ALLAH... Doakan Irma Hasmie dipermudahkan untuk terima amanah ALLAH SWT... Saya sangat bangga dengan kamu, mommy :) Syukur alhamdulillah,” tulisnya.

Untuk rekod, pasangan ini telah dikurniakan anak sulung pada 29 Mac tahun lalu yang diberi nama Redza Syah Irfhan Shah Redza.

Hotel Binaan Nazi Terbesar DiDunia


Hotel yang terletak sepanjang 3 batu di pulau Ruegen, Jerman. Hotel ini merupakan hotel terbesar di dunia yang pernah dibina oleh Nazi. Hotel ini mempunyai 10,000 bilik yang dapat memuatkan 20,000 penghuni dalam satu-satu masa. Namun, setelah 70 tahun pembinaannya, hotel ini masih lagi tidak pernah digunakan. Hotel yang dikenali dengan nama Hotel Prora ini dibina pada 1936 dan siap pada 1939 yang menggunakan lebih 9000 orang tenaga kerja.

Rancangan asal pihak Nazi ialah untuk membina hotel bagi pekerja Jerman untuk menyebarkan Propaganda Nazi. Pihak Nazi ingin membina 4 resort di kawasan hotel ini yang dilengkapi dengan panggung wayang, kolam renang, dewan serbaguna dan jeti untuk kapal persiaran berlabuh.

Namun rancangan pihak Nazi gagal apabila perang bermula. Pembinaan resort terbengkalai akibat perubahan dasar yang dilakukan oleh Hitler yang memindahkan semua pekerja pembinaan hotel ke Peenemünde untuk membina V-Weapon untuk berperang dengan pihak Allied.









Gambar Menarik Kucing Ber-Emoticon
















Friday 3 January 2014

Misteri Kota Iblis




Di China, terdapat sebuah kota bernama Xinjian. Di kota ini, ada satu daerah terbengkalai yang digelar “Moguicheng” atau kota iblis (Devils’ Town). Disana ada beberapa istana kuno yang masih menjadi misteri. Orang-orang tempatan menyebutnya Moguicheng yang bererti Kota Iblis. Moguicheng, yang merupakan padang pasir terletak di wilayah Xinjian. Daerah ini merupakan daerah yang terbengkalai dan tidak ada seorang pun yang tinggal disini.

Disebut kota iblis kerana kota ini menyimpan misteri. Jika kita berjalan pada hari yang cerah kearah istana-istana ditemani tiupan angin sepoi, maka kita akan mendengar alunan melodi yang menyerupai dentingan loceng ataupun petikan gitar yang dimainkan dengan lembut.

Namun ketika badai datang, pasir yang beterbangan membuatkan langit menjadi gelap seketika. Alunan melodi itu akan berubah menjadi suara ngauman harimau, tangisan bayi, suara haiwan yang sedang disembelih, jeritan wanita dan akhirnya semua akan berubah menjadi suara teriakan, tangisan dan kemarahan.

Sehingga saat ini, fenomena ini tetap jadi misteri. Tidak ada yang cuba untuk membongkar misteri apa sebenarnya yang menyebabkan terdengarnya suara sedemikian. Mitos yang mengatakan bahawa mereka adalah suara hantu.

Che Ta Dan Zain Semakin Bahagia





KATA orang, perkahwinan mampu mengubah hidup seseorang ke arah kehidupan yang lebih sempurna dan membahagiakan.

Begitulah yang dirasai oleh aktres, Rozita Che Wan atau mesra di sapa Che Ta selepas mendirikan rumah tangga dengan Zain Saidin pada 11 Disember lalu.

Baru sahaja pulang dari Singapura selepas bercuti bersama keluarga tercinta termasuk adiknya, Ayu Raudhah, Che Ta berkata, mereka sebelum itu ke beberapa negara Eropah untuk berbulan madu.

"Alhamdulillah kehidupan selepas kahwin, hidup semakin baik dan lebih baik. Semuanya juga baik-baik sahaja sekarang.

"Saya baru sahaja sampai dari Singapura semalam dan akan mula bekerja pada Selasa ini. Saya terlibat dengan penggambaran di bawah Zeel Production untuk telefilem cerekarama di TV3. Masak pun belum sempat untuk Zain," katanya dengan penuh ceria kepada Zass.

Di usik mengenai soal cahaya mata, Che Ta berkata, dia berharap ada rezeki buatnya dalam masa terdekat ini. Sementelah lagi, dia memang mengharapkan mempunyai cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan lelaki berusia 30 tahun itu.

"Saya 'speechless' sikit nak cakap mengenai hal ini. Tapi saya harap adalah rezeki. 'Soon'," ujarnya ringkas.

Beralih mengenai soal karier pula, Che Ta berkata, sehingga kini dia masih lagi dilimpahi dengan tawaran lakonan, namun dalam masa yang sama, dia juga mahu mempunyai lebih masa bersama butik tudung yang baharu lagi beroperasi.

Che Ta berkata, biarpun banyak, dia masih tetap memilih naskhah dan produksi yang baik. Manakala Zain pula tidak pernah meletakkan apa-apa syarat terhadap kariernya selepas ini.

"Tawaran masih sama macam dulu, cuma kini saya rasa malas sikit nak keluar bekerja kerana sudah lama bercuti.

"Jika ada tawaran yang menarik, saya tak menolak untuk menerima. Zain juga tidak pernah meletakkan syarat watak apa yang boleh atau tidak. Atau pun dengan siapa yang boleh saya berlakon atau tidak.

"Cuma sekarang, fokus saya lebih kepada butik dan saya mungkin akan ke Bangkok dan Dubai pertengahan bulan ini untuk mencari material bagi koleksi terbaru butik yang akan dilancarkan bulan Mac ini," jelasnya.

Che Ta berkata, dia tidak mempunyai azam untuk tahun ini dan mengharapkan semuanya berjalan dengan baik, sama ada melibatkan soal rumah tangga dan juga kerjaya.

Misteri Batu Menangis


Mengejutkan dijumpai batu yang menyerupai bayi menangis. Kisahnya di mana sebiji bongkah batu di dalam sebuah kolam yang telah kering di Kampung Pananjung di Jawa Barat didapati menyerupai wajah seorang bayi. Malah, batu itu dilihat boleh berubah-ubah dalam lingkungan jarak dua meter.

Batu menyerupai wajah bayi itu mampu menunjukkan sama ada ekspresi sedih atau ceria dan penduduk di sekitar lokasi mengaku kerap mendengar suara tangisan dari batu tersebut. Air juga dikatakan keluar dari celah batu yang mirip dengan wajah anak kecil itu.

Thursday 2 January 2014

Pintu Ke Neraka Di Turki

 Jika di China ada gerbang menuju ke syurga, di Turki pun ada pintu gerbang yang boleh membawa anda terus ke neraka. Penyelidik Itali mengumumkan bahawa sebuah gerbang ke neraka telah terbuka dari runtuhan di sebelah Barat Daya Turki. Gerbang yang disebut Pluto Gate ini ditemui pada halaman terdahulu di bandar Phrygian, Hierapolis yang kini disebut Pamukkale.

"Pluto" berasal dari Plutonion dalam bahasa Yunani atau Plutonium dalam bahasa Latin. Pluto melambangkan gerbang menuju dunia bawah dalam tradisi dan mitos Greco-Roman.

"Bilik ini penuh dengan wap berkabut yang padat hingga menghalang pandangan. Semua haiwan yang melewati wap itu akan terus mati. Aku melemparkan burung pipit ke dalamnya, dan burung itu terus mati dan jatuh," tulis seorang ahli geografi Yunani Strabo.

Penemuan gerbang neraka ini dilakukan oleh ahli arkeologi Itali di Istanbul Turki, iaitu pasukan yang dipimpin oleh Fransesco D'Andria profesor arkeologi klasik dari University of Salento.

"Kami mencari Plutonium setelah membina laluan ke sebuah sumber air. Ternyata mata air Pamukkale yang mengeluarkan wap putih berasal dari gua ini," ungkap D'Andria, 

Di dalam gua tersebut penyelidik juga mendapati sisa-sisa kuil, kolam renang, siri prasasti yang dikhaskan untuk para dewa, Pluto dan Kore. Konon orang-orang hanya dibenarkan menonton ritual suci dari jauh kerana hanya para ketua keagamaan yang dibenarkan berdiri di depan portal.sumber
Beberapa ritual yang dilakukan dalam gua ini adalah dengan membawa haiwan masuk dalam keadaan hidup, kemudian dikeluarkan mereka dalam keadaan mati. Asap dalam gua tersebut memang sangat mematikan, sehingga jika terlalu dekat, karbondioksida akan membunuh semua makhluk hidup.

Dulu dipercayai bahawa hanya para kasim Cybele, dewi kesuburan kuno, yang mampu memasuki gerbang neraka tanpa mengalami luka atau mati. Mereka menahan nafas selama mungkin. Selain boleh menyebabkan kematian, wap yang muncul dari gua ini boleh menyebabkan halusinasi dalam skala kecil.

"Ini adalah penemuan yang luar biasa kerana menegaskan dan menjelaskan maklumat yang kita dapatkan dari sumber sastera sejarah kuno," jelas Alister Filippini, penyelidik sejarah Romawi di Universities of Palermo, Itali.

Bagaimana, anda berani untuk melawat gerbang neraka di Turki ini? sumber

Johan Akui Kesalahan Diri


TAHUN 2013 menyaksikan pelakon Juvana, Johan As’ari, 27, berdepan dengan kontroversi percintaan yang sangat hebat. Pernah dikaitkan dengan Nabila Huda dan Shila Amzah, aktor ini bagaimanapun mengejutkan masyarakat dengan kisah cinta 'touch & Go' bersama aktres seksi, Lana Nordin.


Johan yang sebelum ini pernah membuat pengakuan bakal mengahwini Lana, tiba-tiba saja memutuskan hubungan dengan aktres itu hanya selepas sebulan bercinta atas alasan tiada restu orang tua.


Meskipun Lana menerima keputusan itu dengan terbuka, namun aktres yang diberi jolokan 'Pamela Anderson Malaysia' itu tetap sinis mempertikaikan sikap Johan yang tidak matang serta mempergunakan agama untuk mendekatinya.


Tak kurang juga tanggapan dan persepsi yang lahir dari peminatnya sendiri, yang melabel Johan sebagai lelaki 'kasanova' dan suka mempermainkan hati wanita.


Tidak mudah melatah dengan apa saja yang dihamburkan untuk dirinya, jejaka kelahiran Pulau Pinang ini, tetap memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dia masih diberikan ruang kesempatan untuk terus memperbaiki dirinya.


“Setulus hati saya tak pernah terdetik untuk mempermainkan perasan wanita. Segala yang berlaku adalah asam garam kehidupan. "Soal menggunakan agama untuk rapat dengan wanita pastinya tak benar, kerana bagi saya dakwah itu adalah kerja kita sesama Muslim.


“Manakala tanggungjawab dan aktiviti sehari-hari adalah ibadah kita. Ke mana jua saya pergi agama tetap saya bawa bersama,” kata Johan yang menepis segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya sebelum ini.


Akui kekhilafan dirinya, Johan berharap semua orang tidak menyalahkannya atas perkara yang berlaku kerana setiap manusia pasti melakukan kesilapan.


“Saya manusia biasa yang tidak terlepas daripada kekhilafan. Saya berharap perkara ini tidak dipanjangkan dan disalah ertikan oleh mana-mana pihak,” katanya bimbang perkara sama berulang kembali.

Pelakon Harry Potter Berbaju Pelik



GQ Men of The Year 2013 di London, United Kingdom, pelakon Emma Watson mencuri perhatian,mengenakan busana putih yang mempamerkan perutnya, Emma kelihatan seksi.Dikesempatan tersebut, Hermione Granger dalam filem siri 'Harry Potter' itu tampil dengan gaya rambut updo.Aktor berumur 23 tahun itu memilih crop top putih dari Balenciaga yang mempamerkan bahagian perutnya yang serasi dengan seluar panjang hitam.
Emma yang semakin dewasa, melangkah penuh gaya diri penampilannya di red carpet.






Pantai Paling Misteri Dan Berhantu


Kaupoa - Hawaii biasanya terkenal dengan pantainya yang selalu mempesona mata . Tapi siapa sangka , kepulauan di AS juga punya pantai sepi , tak berpenghuni , dan ... berhantu .

Adalah Kaupoa di Pulau Molokai , nama pantai cantik namun berhantu di Hawaii . Tidak seperti pantai lain di Hawaii , pantai ini sepi pengunjung . Hanya ombak , pasir dan semilir angin yang mengisi Kaupoa.


Dari Huffington Post , Jumaat ( 27/12/2013 ) bukan tanpa alasan tempat ini begitu sepi pengunjung . Cerita mistik berada di balik itu semua . Pada awalnya , Pantai Kaupoa sangat ramai pengunjung, ramai pelancong yang menghabiskan masa bercuti dengan berjemur di bawah sinar matahari .


Namun keceriaan di pantai ini berakhir apabila seorang pengunjung berteriak . Sebuah ayunan yang tak dinaiki bergoyang sendiri . Tak sekali , buaian tua ini bergoyang berkali - kali dan kencang seperti buaian yang diduduki orang .


Mereka mencari hidup di kampung ini melalui memancing ikan . Terdapat kuil dan bekas ladang di sana. Hingga pada akhirnya , kumpulan ini meninggal dan dikebumikan di situ.


Pada tahun 1800 , Pantai Kaupoa pun kosong sehinggalah pada tahun 1990an rumah penginapan dibina di sini untuk menarik pengunjung . Namun , dengan alasan yang sama , yakni berhantu , tak ada pengunjung yang betah berlama - lama di sana .


Suasana pantai juga cukup mencengkam . Banyak bangunan lama mengisi pantai . Deretan batang pokok kelapa tanpa daun di bahagian atas menambah kesan seram pantai .




Najwa Latif Nafi Burukkan Peserta Himpunan " Turun "



‘ITU tidak benar. Saya tidak ‘tweet’ sebegitu’. Demikian reaksi penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Cinta Muka Buku’, Najwa Latif berhubung penyebaran mesej bergambar yang menyerupai akaun Twitter miliknya, semalam.

Mesej bergambar itu seolah-olah mendakwa peserta himpunan Turun di Dataran Merdeka semalam melakukan keganasan dan gangguan seksual.

Mesej bergambar itu dikatakan menjadi “viral” di laman sosial dan mendapat kritikan hebat daripada peminat dan peserta himpunan terbabit yang kesal dengan tuduhan liar tersebut malah ia turut mengaitkan seorang isteri pemimpin tertinggi negara.

Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif mendakwa kenyataan yang dimuat naik dengan menggunakan laman mikro, Twitter menyerupai akaunnya itu dipercayai direka oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan menjatuhkan reputasinya sebagai seorang artis yang berhijab.

Menurutnya, perkara itu disedari pada lewat malam semalam selepas membuat persembahan sempena sambutan ambang tahun baharu 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

“Itu tidak benar, saya tidak ada ‘tweet’ sebegitu, dan saya boleh katakan ia palsu. Setakat ini benda itu tiada dalam Twitter saya sendiri, jadi, saya rasa itu adalah palsu, ada orang lain edit, mungkin menggunakan perisian grafik komputer.

“Semalam, selepas saya buat persembahan di Dataran Merdeka anjuran DBKL dalam pukul 1 pagi saya perasan perkara itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Najwa turut menafikan terlibat dengan sebarang aktiviti selepas selesai membuat persembahan di Konsert KL New Year Countdown 2014’ anjuran Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL).

“Saya memang berada di Dataran Merdeka kerana ada persembahan tahun baru. Cuma, saya tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti selepas itu.

“Saya menyanyi pada jam 11.15 malam, ketika itu keadaan masih tenang lagi. Tiada apa-apa yang berlaku dan semua orang masih OK. Sekitar jam 11.40 malam saya sudah berada dalam kereta untuk balik,” katanya.

Biarpun perkara tersebut telah menjejaskan reputasinya, namun Najwa tidak berhasrat untuk membuat laporan polis dan sudah memaafkan pelaku tersebut.

“Setakat ini tiada (laporan polis) kerana saya sebelum ini pernah kena, apa pun berlaku saya maafkan.

“Apa pun Tuhan tahu, dan apa yang berlaku semalam, pengurus saya, kakak saya tahu. Tak perlu nak buat fitnah kerana ia boleh menjatuhkan imej orang lain juga. Jadi, berhentilah daripada buat perkara sebegitu,” katanya.

Pelakon Watak Bertopeng Yang Misteri


Pelakon ini sering kali berlakon filem, namun kebanyakan peranannya malah tidak menunjukkan wajahnya yang sebenarnya. Filem yang dibintanginya bukanlah filem murahan. Apakah anda boleh mengenali watak ini melalui beberapa peranannya dalam filem-filem berikut ini.


Artis ini bernama Ian Whyte. Dengan ketinggian 2.16 meter,sebab inilah yang diminati pengarah filem-filem box office tersebut menggunakannya. Untuk sebuah peranan yang memerlukan sosok yang tinggi menjulang, menggunakan Ian Whyte merupakan pilihan yang terbaik menurut mereka. Terbukti dengan pelbagai peranan yang telah dilakoni oleh Ian Whyte di Hollywood.





Wednesday 1 January 2014

Ragam Sambutan Tahun Baru Yang Dicemari Pesta Mabuk


Dari Swansea ke Manchester, Birmingham ke London, dan Liverpool ke Newcastle menggambarkan Sambutan awal 2014 di Britain.

gambar y diambil sempena pesta tahun baru telah mendedahkan berbagai ragam manusia hingga ada y ditangkap dan dipenjarakan dan ada juga yang dimasuk kn ke hospital atas sebab mabuk dan pergaduhan. kebanyakan kes2 ini terjadi di jalanan dan kelab2 malam.