Tuesday 31 December 2013

Rupa Pelakon Filem Home Alone Dulu vs Skarang










Pelik- Kubur Bayi Atas Pokok Di Nepal


Pengkebumian ini dilakukan di daerah Nyingchi danKangbei. Bayi yang meninggal dunia dimandikan menggunakn air bergaram sebelum diletakkan di dalam keranda dan kemudian digantung pada pokok. "Keranda" mereka terdiri dari kotak kayu, bakul anyaman dan juga bekas plastik. Kernada berisi jenazah bayi lelaki diletakkan pada atas pokok manakala keranda bayi perempuan pada bahagian pokok. 














#Masyarakat tempatan percaya roh bayi akan lebih mudah naik ke syurga apabila diletakkan di atas pokok.

Menarik- Ketam Gergasi Ditemui Di Tasmania


Claude, Ketam Gergasi Seberat 7kg Ditemui Di Tasmania.
Ketam ini mempunyai diameter 38cm dan beratnya 7 kg. Jangan risau ketam ini takkan dimakan tetapi akan dipamerkan dalam sebuah akuarium. Beberapa restoran cuba membeli ketam tersebut untuk dijadikan hidangan dengan harga RM18,000 tetapi tawaran tersebut ditolak.






Aden Vokalis Edcoustic Meninggal Dunia



VOKALIS kumpulan nasyid Edcoustic dari Indonesia, Aden atau nama sebenarnya Kang Deden Supriadi meninggal dunia, semalam.

Menurut portal Munsyeed, penyanyi berusia 34 tahun itu menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas waktu Isyak di Rumah Sakit Al-Islam, Indonesia.

Sebelum ini, beberapa laporan menyiarkan mengenai kesihatan Aden yang tidak menentu sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

Jenazah allahyarham bakal dikebumikan di Bandung, Indonesia.

Edcoustic menerbitkan album sulung mereka berjudul Masa Muda pada Oktober 2004.

Walaupun ruang promosi pada ketika itu agak terhad bagi artis-artis baru, namun Edcoustic menunjukkan pencapaian yang luarbiasa dengan jualan album yang cukup memberangsangkan.

Edcoustic mencapai kemuncak populariti apabila single lagu Muhasabah Cinta dari album kedua mereka, Sepotong Episode menjadi lagu hits di Indonesia dan beberapa buah negara di Asia Tenggara.

Lagu popular, Muhasabah Cinta merupakan hasil kolaborasi Edcoustic bersama artis baru, Bima.

Bakat mencipta lagu yang dimiliki oleh Aden pernah menarik perhatian komposer popular Indonesia, Melly Goeslow untuk menjalin kerjasama dalam penerbitan Lagu Tema filem, Ketika Cinta Bertasbih.

Malah Aden turut berkolaborasi dengan Inteam.

Menerusi album terbaru Inteam yang berjudul Iman & Aman, Aden telah menyumbangkan dua buah lagu kepada Inteam berjudul Jatuh Bangun dan Kau Ditakdirkan Untukku.

Nash Berhasrat Ingin Menamatkan Zaman Dudanya Pada Tahun 2014


Selepas hampir lima tahun hidup menduda, penyanyi Nash merancang untuk melangsungkan perkahwinan bersama kekasih yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu pada 2014.

Pun begitu, Nash berkata buat masa ini semuanya hanyalah sekadar perancangan namun tidak tahu sama ada ianya akan menjadi kenyataan atau sebaliknya.

"Jika diizinkan Allah saya mahu berkahwin pada tahun hadapan. Bagaimanapun itu hanya perancangan dan berharap semua peminat doakan saya," ujarnya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, menerusi perkahwinan terdahulu, Nash telah dikurniakan tiga cahaya mata, Fareena Nasha, 24, Najeeha Nasha, 22 dan Mohd Shameer Nasha, 16 dan seorang anak angkat, Jasmin Hanis Nasha, 14.

Drama Terbaru Cinta Zahiril dan Saleha


Khazinatul Asrar, seorang gadis cantik yang sangat mementingkan ajaran agama dan mengutamakan pelajaran berbanding percintaan.

Tidak seperti gadis lain Khazinatul Asrar rela mengetepikan soal cinta sesama manusia demi cintanya terhadap agama. Namun tanpa disedari, dia digilai rakan sekelasnya serta menjadi rebutan antara Mukhlisin dan Asraf.

Begitulah sebahagian dari kisah drama terbaharu, Aku Ada Wali yang memperlihatkan gandingan dua pelakon handalan iaitu Zahiril Adzim dan Siti Saleha.

Drama 13 episod ini akan ditayangkan pada 14 Januari di saluran TV Alhijrah, setiap hari Selasa, jam 10 malam.

Selain Zahiril dan Saleha, drama ini juga menampilkan Aida Jebat, Zoey Rahman, Sabhi Sadhi dan ramai lagi.

Kisah percintaan tiga segi itu juga menyelitkan tema Islamik yang menyampaikan dakwah Islam melalui beberapa cara yang tersendiri.

Menariknya mengenai drama ini, 80 peratus lokasi penggambaran dilakukan di sekitar Seoul dan Busan, Korea Selatan.

Serasi bersama

Selain konflik percintaan, Aku Ada Wali menyajikan pelbagai panorama menarik di negara tersebut ketika musim sejuk.

Biarpun pertama kali digandingkan bersama, ternyata kedua pelakon ini serasi berlakon bersama. Malah, mereka banyak berbincang untuk menghasilkan lakonan yang berkesan.

Pengalaman yang tak dapat dilupakan apabila berada jauh di perantauan antaranya adalah mereka menghadapi pelbagai kesukaran seperti cuaca yang agak sejuk, makanan halal, menghafal surah tertentu dan sebagainya.

Namun demi tugas, sama ada Zahiril mahupun Saleha, mereka sanggup mengetepikan kekangan itu agar dapat melakukan yang terbaiknya demi peminat mereka.

"Alhamdulillah, biarpun di duga dengan pelbagai dugaan, kami tetap cuba memberikan yang terbaik dan saya berharap semua penonton akan berpuas hati dengan hasil lakonan kami nanti," ujar Zahiril.


Timba ilmu agama: Zahiril

Bercerita mengenai pengalaman dalam drama ini, Zahiril berkata, dia memegang watak budak nakal iaitu Naim yang jatuh cinta dengan peribadi Khazinatul (Saleha) yang sopan dan berhijab.

Namun cintanya ditolak gadis itu kerana sikapnya yang agak kasar dan menggunakan kaedah yang tidak mengikut landasan yang sepatutnya.

"Mungkin penonton fikir drama ini satu naskhah serius walhal ia sangat santai dan komedi.

"Walaupun saya tidak melontarkan kata-kata lucu sebaliknya perbuatan Naim sudah menggambarkan sikapnya yang nakal," kata suami kepada Shera Ayob ini.

Tambah Zahiril, kekangan terbesar baginya dalam drama itu adalah menghafal surah dan sunnah yang memerlukan pemahaman yang sempurna.

"Tetapi dalam masa yang sama ia mengajar saya banyak perkara mengenai Islam sendiri.

"Lagipun banyak benda yang saya tidak tahu. Setelah berlakon dalam drama ini secara tidak langsung saya belajar sesuatu yang sangat berguna," katanya.

Dalam perkembangan semasa, Zahiril berkata, dia kini semakin sibuk dengan tawaran lakonan yang tidak pernah putus.

"Alhamdulillah rezeki anak dan saya tidak pernah menolak mana-mana tawaran lagi.

"Tahun 2014, jadual sudah banyak yang penuh apatah lagi dengan penggambaran filem terbaharu iaitu Juvana 2 dan Juvana 3.

"Terdapat juga tawaran lakonan dari Singapura namun saya belum memutuskan lagi sama ada menerima atau tidak," jelasnya.


Masalah pemakanan - Saleha

Sementara itu, pelakon berwajah Pan Asia dan juga adik kepada penyanyi Sam Bunkface iaitu Siti Saleha menceritakan pengalamannya sepanjang 40 hari penggambaran di kota Metropolitan, Korea Selatan itu.

Memegang watak gadis yang berhijab dan memimpin pelajar Malaysia di sana, Saleha berkata, ia satu pengalaman yang menyeronokkan walaupun agak letih di awal penggambaran.

Biarpun ia merupakan kali kedua menjejakkan kaki ke negara itu, Saleha berkata, dia berhadapan dengan satu masalah dari segi pemakanan kerana tidak gemar akan makanan wajib Korea iaitu kimchi.

"Bagi saya, cuaca sejuk tiada masalah. Begitu juga menghafal surah-surah setiap hari.

"Tetapi saya kalah dengan satu perkara, kimchi...," katanya sambil ketawa.

Namun bagi Saleha, terdapat juga makanan alternatif lain seperti makan laut dan masakan Malaysia di sana.

"Jika orang lain, pasti mereka akan mencubanya sebaik sahaja mendarat di sana namun tekak saya tetap tidak dapat menerima makanan ini.

"Selain kimchi, pengalaman yang tidak akan saya lupakan adalah melakukan penggambaran di tepi pantai pada musim sejuk.

"Bayangkan dalam cuaca sejuk dan pantai yang berangin kami terpaksa menahan kesejukan demi panorama yang cantik.

"Itulah antara pengorbanan kami yang agak sukar namun seronok," katanya.

Dalam pada itu,Saleha berkata selepas drama tersebut dia semakin sibuk dengan filem terbaharu seperti Supertele dan Cerita Cinta yang akan ditayangkan pada Januari ini.


Antara barisan pelakon dlm drama " Aku Ada Wali ".

Stacy Kecewa Atas Laporan Yang Tidak Benar


“Saya tak pernah bercinta dengan Akim dan tak bersedia nak kahwin. Ada salam faham dalam laporan akhbar terbabit," jelas Stacy mengenai laporan akhbar tempatan yang mengatakan dia dan Akim sudah lama menjalinkan hubungan cinta dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Menurut Stacy atau nama sebenarnya, Stacie Angie Anam, sehingga kini dia dan Akim berkawan rapat. Bagaimanapun ia bukan bererti mereka bercinta.

“Memang sudah lima tahun kami berkawan, tapi bukan bercinta. Kami juga tidak akan ke fasa seterusnya kerana saya masih belum memikirkan soal kahwin. Saya baru 23 tahun. Masih panjang lagi masa untuk saya berfikir sejauh itu.

“Saya memang rapat dengan Akim, cuma sekarang, masing-masing sibuk dan kami sudah lama tak berhubung. Tapi akan berkomunikasi melalui telefon sahaja,” tutur gadis pulau Borneo ini berhati-hati bimbang salah faham berulang.

Mengulas mengenai kesediaannya memeluk agama Islam, Stacy berkata : "Saya belum bersedia tetapi sangat mengagumi agama Islam, apatah lagi saya banyak bergaul dengan mereka yang beragama Islam.

“Perkara ini sensitif. Saya tak berani nak cakap lebih-lebih apatah lagi melibatkan hal agama. Tapi kalau satu hari nanti ditakdirkan saya memeluk Islam, saya akan buat dari hati saya. Ia tidak melibatkan sesiapa,” katanya.



Jalan Yang Unik dan Menarik


Untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat itu mestilah ada penghubung nye. Contoh nye seperti jalanraya. Terdapat pelbagai reka bentuk jalanraya telah dibina bagi memudahkan semua orang bergerak kemane saja. Disini kita dpt lihat beberapa gambar jalanraya yang telah dibina dalam pelbagai bentuk yang menarik dan unik.














Hani Hatim Tinggalkan Konti Fly Fm


Penyampai radio Fly FM, Hani Hatim telah menamatkan kontraknya bersama stesen radio berbahasa Inggeris itu berkuatkuasa 31 Disember 2013.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, pengundurannya daripada meneruskan tugas di konti adalah kerana ingin menumpukan perhatian kepada bidang perniagaan keluarga selain sibuk untuk menyiapkan album terbarunya.

Dengan ketiadaan Hani, pendengar setia Fly FM tentu akan merindui celoteh bersahajanya yang sentiasa berjaya mencuit hati.