Thursday 20 February 2014

Ainan Tasneem Terlibat Dalam Kemalangan



Penyanyi yang popular dengan lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem, terlibat dalam kemalangan malam tadi. Kemalangan berkenaan dilaporkan berlaku di Sungai Batu Pahat, Kangar, kira-kira jam 9.30 malam.

Difahamkan, kereta yang dinaiki Ainan yang juga penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersama tiga rakannya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke longkang.

Bagaimanapun semua mangsa yang hanya cedera ringan dan mereka dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di untuk menerima rawatan.

No comments:

Post a Comment